Kes Mayat Wanita Dalam Beg: Suami Suri Ditahan, Isu Kewangan Disyaki Motif Pembunuhan

LocalPersonal Finance
19 Dec 2025 • 10:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Isu kewangan dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dibungkus di dalam beg dan ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas–Linggi, Negeri Sembilan, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal polis menjurus kepada faktor berkenaan, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan keseluruhan kertas siasatan.

image is not available

Suami Suri Ditahan

Menurut beliau, soal siasat terperinci akan dilakukan terhadap suspek utama yang juga suami kepada wanita dikenali sebagai Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.

Suspek utama berkenaan ditahan di kawasan Genting Sempah, Selangor, petang tadi.

“Bedah siasat yang selesai dijalankan hari ini menunjukkan mangsa maut akibat dicekik.
“Setakat ini identiti wanita berkenaan masih belum dapat disahkan memandangkan proses pengecaman memerlukan masa,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Kes Mayat Wanita Dalam Beg: Suspek Direman Tujuh Hari

Muhammad Idzam berkata, keadaan wajah mangsa yang sukar dikenal pasti menyulitkan proses pengecaman, sekali gus menyebabkan pengesahan identiti belum dapat dibuat ketika ini.

image is not available

Beliau menegaskan, pihak polis akan meneruskan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta mengesahkan identiti mangsa sebaik keputusan forensik lengkap diperoleh.

Sumber: Harian Metro 

The post Kes Mayat Wanita Dalam Beg: Suami Suri Ditahan, Isu Kewangan Disyaki Motif Pembunuhan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved