Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan

LocalPolitics
19 Dec 2025 • 6:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SEREMBAN, 19 DIS: Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia awal 50-an itu ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang petang tadi.

“Dengan penahanan itu, menjadikan dua lelaki ditahan untuk bantu siasatan kes ini dan siasatan masih dilakukan,” katanya hari ini.

Media hari ini melaporkan seorang lelaki ditahan di Melaka semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini.

Lelaki itu kemudian direman seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved