Kes Murid Digigit Cikgu: Ibu Dakwa Anak Tak Ada Selera Makan, Harap Pelaku Ditukar Sekolah

Entertainment
11 Jul 2023 • 3:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam kecoh diperkatakan mengenai sebuah kes melibatkan seorang murid sekolah rendah yang didakwa trauma dipercayai akibat digigit oleh seorang guru di bibir.

Menurut ibu mangsa, dia merasa kecewa dan bengang apabila mengetahui perkara itu menjadi sebab anaknya sering berasa trauma untuk setiap kali ke sekolah.

image is not available

Emosi anak kurang stabil dan kurang selera makan

Menurut Sinar Harian, ibu kepada murid berkenaan meluahkan rasa bimbang melihat situasi terkini anak lelakinya yang mengalami emosi tidak stabil dan kurang selera makan.

Katanya lagi, anak lelaki yang berusia enam tahun itu sering mengamuk, berguling-guling serta merasa takut dan tidak mahu ke sekolah.

image is not available
Ibu mangsa

Sebagai ibu, saya bimbang melihat keadaan anak selepas kejadian yang berlaku Khamis lalu.

“Kebiasaannya dia seorang yang ceria. Saya telah berjumpa pihak pentadbiran sekolah dan akan mengambil tindakan undang-undang di atas apa yang berlaku,” katanya.

Kata wanita itu lagi, dia takkan memindahkan anak ketiga dan empat orang itu ke sekolah lain tetapi berharap pihak pentadbiran yang dapat tukar guru berusia 40-an itu ke tempat lain.

Sebagai ibu bapa juga dia tak kisah jika anak dirotan atau apa sahaja asalkan untuk mendidik.

Tindakan guru lelaki itu juga sukar diterima apabila memikirkan risiko penyakit berjangkit yang boleh disebarkan melalui air liur.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.