Kes Nik Zawawi, ADUN Melor sudah diserah kepada pendakwaan

LocalPolitics
15 Jun 2026 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes Nik Zawawi, ADUN Melor sudah diserah kepada pendakwaan
Kertas siasatan terhadap Nik Muhammad Zawawi (kiri) dan Wan Rohimi sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

KOTA BHARU - Kertas siasatan berhubung kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung dakwaan menghina sahabat Nabi sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Selain itu, kertas siasatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud yang didakwa menghina polis turut diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan berhubung kes tersebut sudah selesai sepenuhnya.

"Buat masa ini kita tunggu keputusan sama ada nak tuduh atau macam mana," katanya semasa sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.

Terdahulu Nik Muhammad Zawawi mengesahkan beliau dipanggil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) berhubung kenyataan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW semasa berceramah di Terengganu baru-baru ini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mengesahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

Sementara itu pada 27 April lalu, Wan Rohimi telah memberi keterangan lebih satu jam bermula 5 hingga 6.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini.

"Saya dah jelaskan pada polis (pegawai penyiasat), jangan kecil hati. Kita tak maki polis, tapi polis ini seperti dilaga-lagakan oleh pihak tertentu."

Demikian tegas Wan Rohimi Wan Daud selepas selesai memberi keterangan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis ketika menjalankan tugasan SJR semasa 'Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved