Kes Pecahkan Kereta Sendiri Ada ‘Plot Twist’, Rupanya Kereta Sambung Bayar Tapi Owner Tak Bayar Di Bank?

Entertainment
23 Oct 2024 • 5:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, tular satu video memperlihatkan seorang wanita merosakkan cermin kereta sebelum ianya ditarik kerana dikatakan tidak membuat bayaran bulanan selama hampir 8 bulan di platform media sosial X dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ramai netizen yang anggap tindakan individu tersebut hanya memperbodohkan dirinya kerana membuatkan dia lebih bertambah rugi kerana hutang itu perlu dilangsaikan.

Bagaimanapun, ada plot twist yang mengatakan bahawa kereta tersebut sebenarnya adalah kereta ‘sambung bayar’ dan difahamkan wanita tersebut membayar bulanan kepada pemilik sebenar kereta itu tetapi pemilik asal culas membayarnya di bank. Disebabkan itu, tanggapan netizen terus berubah dengan menyokong tindakannya itu.

Malah menerusi ruangan komen ramai netizen yang terbuka mata mengenai isu ini agar tidak sewenang-wenangnya mengambil kereta sambung bayar yang kini banyak diiklankan di media sosial.

image is not available image is not available image is not available

Daripada rasa pelik, terus rasa macam puas hati sebab satu pengajaran hebat buat owner.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.