
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Masihkah anda ingat kes kematian seorang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Jalan Taman Jati 1 Ipoh, Perak pada 15 Disember 2023?
Mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie maut selepas dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Ativa yang dipandu oleh pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden.
Ekoran daripada itu, pemandu Perodua Ativa, Mohd Nazri Abdul Razak, didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap mangsa.
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 17 Tahun Maut Kes Langgar Lari Depan Sekolah Di Ipoh
Pegawai Kanan Polis Terlepas Hukuman Mati, Pertuduhan Dipinda Kepada Menyebabkan Kematian Tanpa Niat
Terbaharu, Mohd Nazri terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh pelajar itu dipinda menjadi pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
Pegawai Kanan Polis Dipenjara 7 Tahun 6 Bulan & Bayar Wang Pampasan
Tertuduh yang berusia 47 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh sebaik pertuduhan pindaan itu dibaca di akhir kes pendakwaan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun enam bulan.
Dia diperintah menjalani hukuman tersebut dari tarikh akhir dia ditahan pada 15 Disember 2023.
Malah, Mohd Nazri turut diperintah membayar wang pampasan sebanyak RM50,000.
Wujud Kes Prima Facie Menyebabkan Hakim Pinda Pertuduhan Asal
Sebelum itu, Bhupindar telah meminda pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati kepada Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.
Keputusan itu dibuat susulan mahkamah mendapati wujud kes prima facie terhadap tertuduh bagi kesalahan di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Mohd Nazri yang bertugas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif dengan mengetahui perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian terhadap mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah berhampiran SMK Jati pada 15 Disember 2023 kira-kira jam 11.45 pagi sehingga 12.32 tengahari.
Sebelumnya itu, kecoh di media sosial dakwaan yang mengatakan kemalangan berpunca akibat rasa tidak puas hati Mohd Nazri terhadap mangsa yang dikatakan membuat bising menggunakan ekzos motosikal.
Gambar dan video insiden terbabit turut tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.
Baca Artikel Berkaitan: “40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih” – Luahan Bapa Zaharif Buat Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: Kes Polis Langgar Pelajar Sekolah: MIROS Dedah Ada Kemungkinan Zaharif Digilis
Baca Artikel Berkaitan: Pegawai Kanan Polis Pandu Ativa 90.9 Km/j Semasa Langgar Zaharif, Brek Tidak Ditekan Langsung – Saksi





