Saifuddin tegas tiada kompromi siasat kematian dalam tahanan – “Tiada cubaan tutup kes!”

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 4:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan tiada usaha menutup kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly, yang kini disiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Image from: Saifuddin tegas tiada kompromi siasat kematian dalam tahanan – “Tiada cubaan tutup kes!”

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Berita Harian, menurutnya, polis sudah mengenal pasti satu seksyen di bawah Kanun Keseksaan sebagai hala tuju siasatan kes berkenaan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi sekiranya siasatan menemukan pelanggaran undang-undang, termasuk yang membabitkan anggota penguat kuasa sendiri.

“Di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita tidak pernah kompromi terhadap pelanggaran, sekiranya ada, sekalipun membabitkan penguatkuasa undang-undang.
“Tiada sebarang usaha atau tindakan percubaan untuk menutup kes ini selepas kita mengambil alih,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi KDN di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, keluarga Noorizwan bersama peguam dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak dari Tugu Negara menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 10.30 pagi.

Mereka membawa memorandum bagi menuntut tindakan Parlimen berhubung kematian Noorizwan dalam tahanan polis serta penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Memorandum itu diserahkan oleh Nooranis bersama peguam Lawyers for Liberty (LFL), Rania Aljunied, kepada Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Omar A Manap.

Antara wakil rakyat yang hadir ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer; Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid; serta Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Noorizwan sebelum itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 457 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pada 30 September lalu, beliau dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi, 1 Oktober lalu.

Sumber: Berita Harian (Farah Marshita Abdul Patah)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved