Kes pelajar lemas: JPN Selangor serah siasatan kepada pihak berkuasa

25 Jun 2026 • 9:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kes pelajar lemas: JPN Selangor serah siasatan kepada pihak berkuasa

SHAH ALAM, 25 JUN: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kes pelajar sebuah sekolah menengah yang dipercayai lemas di Bangi semalam kepada pihak berkuasa.

Untuk itu, JPN Selangor memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi, yang boleh mengganggu proses siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa.

“JPN Selangor sedang menguruskan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga mendiang serta memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan warga sekolah yang terkesan diberi perhatian.

“JPN Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi saat sukar ini,” menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran pintu pagar sebuah kolej di Bangi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.23 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved