Kes pencemaran, JAS Johor tahan pengurus, penyelia kilang kimia

LocalEnvironment
12 Dec 2024 • 3:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JAS Johor menahan seorang pengurus dan penyelia kilang kimia bagi siasatan lanjut berhubung kes pencemaran di Sungai Buloh pada Rabu.

image is not available
Efluen berwarna coklat dikesan di Sungai Buloh.

PASIR GUDANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang berasaskan oleo kimia, di sini pada Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes pencemaran di Sungai Buloh.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan JAS pada Rabu, tindakan menahan dua individu terbabit adalah susulan aduan daripada orang awam.

Justeru, tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK), terhadap premis dikenakan untuk menghentikan pencemaran.

“Kedua-dua individu terbabit ditahan di bawah Seksyen 37C, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk siasatan lanjut berhubung kes pencemaran ke perairan daratan dan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

“Hasil siasatan pihak JAS Cawangan Pasir Gudang ke sebuah premis berasaskan oleo kimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang mendapati pelepasan efluen berwarna coklat dari sistem pengolahan efluen premis yang gagal berfungsi.

“Bagaimanapun, persampelan efluen telah dijalankan dan sampel telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk dianalisis,” menurut kenyataan berkenaan.

Sebarang aduan pencemaran boleh terus dilaporkan ke talian bebas tol JAS di 1-1800-88-2727 atau emel ke aduan_k@doe.gov.my danll.