Kes Polis Bunuh Pelajar Tingkatan 5, Mahkamah Tetapkan 5 Sept Dengar Permohonan Jaminan

1 Aug 2024 • 1:53 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis menetapkan 5 September depan sebagai tarikh baharu pendengaran permohonan jaminan terhadap seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar Tingkatan Lima pada Disember tahun lalu.

image is not available

Tarikh itu ditetapkan bagi pengurusan kes Mohd Nazri Abdul Razak, 45, di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet.

Mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan telah mengemukakan penghujahan bertulis masing-masing pada Rabu sebagaimana yang diarahkan mahkamah sebelum ini.

image is not available

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memberitahu, pihak pendakwaan memerlukan tempoh masa untuk meneliti hujahan daripada pihak pembelaan. Justeru pihaknya memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baharu bagi pendengaran permohonan itu.

Hakim Bhupindar Singh kemudiannya membenarkan pihak pendakwaan untuk membalas hujah yang difailkan serta memberi tempoh dua minggu untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan balasan masing-masing.

Selain Afzainizam, pendakwaan diketuai diwakili, Nasrul Hadi Abdul Ghani, dan Low Qin Hui, sementara tertuduh diwakili Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau, Lim Jin Wen, Cindy Wong serta M Kuhen.

Turut hadir peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa, Amira Najwafitri Amir Arif.