Kes Puad Zarkashi Masih Berjalan, Polis Johor Lengkapkan Kertas Siasatan

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 4:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis Johor masih melengkapkan kertas siasatan berhubung kes melibatkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, susulan beberapa laporan polis yang diterima terhadapnya.

Kes masih berjalan

Image from: Kes Puad Zarkashi Masih Berjalan, Polis Johor Lengkapkan Kertas Siasatan

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya masih meneliti perkara berkenaan dan belum dapat memberikan sebarang maklumat lanjut kerana proses siasatan masih berjalan.

“Ya, kita masih dalam siasatan perkara ini.
“Saya pun tak boleh nak ulas sebab banyak perkara yang masih lagi kita teliti untuk kita melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Dewan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) No. 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pada Selasa.

Pada 25 Jun lalu, polis memaklumkan menerima sebanyak 153 laporan di seluruh negara berkaitan kenyataan Mohd Puad yang mendakwa wujud campur tangan pihak istana dalam urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menurut Ab Rahaman, laporan berkenaan dibuat oleh pelbagai pihak termasuk bekas Exco Kerajaan Negeri Johor serta Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.

Image from: Kes Puad Zarkashi Masih Berjalan, Polis Johor Lengkapkan Kertas Siasatan

Katanya, siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Puad sebelum ini mengumumkan keputusan untuk meninggalkan UMNO berkuat kuasa serta-merta pada 25 Jun lalu.

Bekas Speaker DUN Johor itu dilaporkan berkata, keputusan tersebut dibuat kerana UMNO didakwanya tidak lagi bebas dalam menentukan hala tuju parti, selain mendakwa UMNO Johor berada di bawah pengaruh istana dalam membuat keputusan.

Artikel lain: Ingkar Arahan Istana, Tiada Pemimpin PN Layak Jadi PM – Puad Zarkashi

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kemudian mendedahkan bahawa punca sebenar Mohd Puad meninggalkan parti adalah selepas anak lelakinya tidak dipilih sebagai calon bagi kerusi DUN Rengit pada PRN Johor kali ini.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

The post Kes Puad Zarkashi Masih Berjalan, Polis Johor Lengkapkan Kertas Siasatan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved