Kes Resit Piza Hina Islam, Empat Warga Myanmar Ditahan - Ketua Polis Pulau Pinang

23 May 2024 • 4:57 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sebelum ini, tular satu kes resit pembelian piza yang memaparkan ucapan menghina agama Islam pada nota pesanan atau 'remark' yang ditulis oleh pelanggan secara online.

Terbaru, polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.

image is not available

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kesemua berusia 19 hingga 67 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan diri itu ditahan di sebuah pondok dusun durian, Jalan Sungai Ara, dekat sini pada 16 Mei lepas.

"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan tiga daripadanya iaitu dua lelaki bersama seorang wanita masih direman hingga 3 Jun.

Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan beberapa individu dan akan mengambil keterangan sejumlah lagi individu.

Hamzah berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dalam pelbagai sudut kerana melibatkan isu sensitif dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

"Kita akan merekodkan keterangan beberapa pihak lagi bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu," katanya sambil menambah polis menerima 17 laporan berhubung kejadian berkenaan.