
TAWAU: Polis menumpaskan satu sindiket kes pecah masuk premis perniagaan yang giat beroperasi sejak Januari lalu, melibatkan anggaran kerugian RM50,000, apabila menangkap empat suspek, termasuk seorang mempunyai 33 rekod jenayah lampau.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia antara 19 hingga 41 tahun itu ditahan antara 6 hingga 12 Mei lalu oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau.
Menurutnya, polis turut merampas barang kes daripada suspek terlibat, selain mendapati salah seorang suspek adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) dengan 33 rekod kesalahan lampau atas pelbagai kesalahan jenayah.
“Modus operandi sindiket ini adalah menyasarkan kedai-kedai yang tidak beroperasi sekitar jam 11 malam hingga 7 lagi,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Jasmin berkata, polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang pemilik restoran di kawasan bandar yang dipecah masuk pada 14 Januari lalu dan mangsa kehilangan wang tunai RM900.
Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut tular di media sosial Facebook sehingga menyebabkan kegusaran masyarakat.
Menurutnya, sehingga 2 Mei lalu, polis menerima 22 laporan polis dibuat membabitkan kejadian pecah premis perniagaan yang menggunakan modus operandi sama.
Tambahnya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Ketika ini, kata Jasmin, siasatan lanjut kes masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
