Kes Rogol Di Baling: Empat Remaja Didakwa Amang Seksual Pelajar Perempuan

LocalPolitics
21 Oct 2025 • 2:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Empat remaja lelaki, termasuk tiga pelajar sekolah menengah, dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, dalam kejadian yang berlaku antara Jun hingga Ogos lalu.

Empat remaja mengaku tidak bersalah

Menurut laporan Harian Metro, kesemua tertuduh berumur 15 dan 17 tahun yang hadir bersama waris mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara tertutup di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

image is not available

Foto: Harian Metro

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut secara berasingan di dua lokasi berbeza iaitu di sebuah ladang sawit di Becah Sawa, Siong dan juga di dalam kelas di sebuah sekolah menengah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 November depan untuk sebutan semula kes.

image is not available

Foto: Kosmo!

Terdahulu, media melaporkan bahawa pihak polis menahan empat remaja lelaki selepas menerima laporan berhubung penularan satu rakaman video bogel membabitkan seorang pelajar perempuan dan kes tersebut dimaklumkan kepada pihak sekolah oleh bapa mangsa.

Difahamkan, salah seorang daripada tertuduh berusia 17 tahun dipercayai merupakan teman lelaki kepada mangsa.

Sumber: Harian Metro (M Hifzuddin Ikhsan)