Ramai Kutuk Drama ‘Keluarga Itu’ Jijik, Erma Fatima Harap Ramai Buka Mata Dan Itulah Realiti Di Luar Sana

LocalFamily & Parenting
10 Apr 2025 • 11:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Erma Fatima Keluarga Itu

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa bimbang dan kecewa susulan peningkatan kes sumbang mahram di Kelantan, yang disifatkannya sebagai petanda masyarakat sedang sakit.

Menurut laporan mStar, Erma mempersoalkan bagaimana masih ada insan tergamak melakukan perkara jijik terhadap ahli keluarga sendiri.

Bila aku buat drama ini, korang kutuk kata menjijikkan. Tapi ini realiti di luar sana. Masih nak simpan bawah karpet? Jiwa orang kita makin sakit.

Drama Keluarga Itu bukan sekadar hiburan

image is not available

Menurut Erma, drama arahannya “Keluarga Itu” bukan sekadar hiburan, tetapi membawa mesej yang sangat berat dan penting untuk masyarakat.

Beliau mahu masyarakat membuka mata dan sedar akan hakikat sebenar yang berlaku di sekeliling kita, bukannya menutup sebelah mata.

Erma Fatima gesa kerajaan ambil tindakan tegas

image is not available

Dalam pada itu, Erma turut menyeru agar kerajaan turun padang mencari solusi bagi membendung kes seperti ini daripada terus merebak.

Tolonglah kerajaan ambil peduli dan cari solusi untuk bantu bendung masalah ini. Menyedihkan.

Mengikut kenyataan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan di Kelantan tahun lepas, meningkat daripada 206 kes pada tahun sebelumnya.

Lebih mengejutkan, kes dari Januari hingga Mac tahun ini naik 15.6% berbanding tempoh sama pada 2024. Ini menunjukkan isu ini semakin serius dan memerlukan perhatian segera.

#ApaKataOhmedia

Masalah sumbang mahram bukan sekadar cerita dalam drama, tapi realiti yang berlaku depan mata. Jangan anggap enteng. Bantu mangsa, lapor segera, dan jangan normalisasikan jenayah ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.