Kes saman fitnah: Caprice gagal bayar kos RM8,000, mahkamah keluar arahan sita aset

LocalPolitics
21 Jan 2026 • 10:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan writ penyitaan dan penjualan terhadap aset milik pempengaruh media sosial, Caprice, selepas beliau gagal bayar kos RM8,000 kepada seorang ahli perniagaan dalam kes saman fitnah.

Caprice gagal bayar kos kepada seorang ahli perniagaan

Memetik laporan daripada Bernama, writ bertarikh 3 Disember 2025 itu dikeluarkan terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli susulan perintah yang diperoleh oleh ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkapalan, Datuk Seri R. Jeyenderan, membabitkan jumlah RM8,000 bersama alokatur RM320 yang dikira sehingga 21 November tahun sama.

image is not available

Gagal bayar kos RM8,000 punca mahkamah keluarkan writ

Peguam yang mewakili Jeyenderan mengesahkan dua bailif mahkamah cuba melaksanakan writ tersebut di kediaman Caprice di Mont Kiara pagi ini.

Walau bagaimanapun, pihaknya gagal melaksanakan tindakan tersebut apabila tiada pihak membuka pintu selain pengurusan pangsapuri memaklumkan defendan telah berpindah selepas tamat tempoh penyewaan tahun lalu.

image is not available

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi inter-parte dalam saman fitnah terhadap Caprice dan mengarahkannya membayar kos RM8,000 dalam tempoh dua minggu, namun bayaran itu tidak dijelaskan, sekali gus membawa kepada tindakan penyitaan aset.

image is not available

Artikel lain: Caprice terharu isteri sanggup bayarkan yuran guaman -“Tak sangka dia buat semua itu”

Untuk rekod, Jeyenderan memfailkan saman pada Julai 2025 mendakwa Caprice memuat naik beberapa hantaran Instagram yang mengaitkannya dengan aktiviti jenayah tanpa bukti sahih, dan menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta atas kerosakan reputasi.

Sumber: Bernama