
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (22 April) kecoh mengenai penahanan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat bernilai sekitar RM230 juta.
Dua dari mereka termasuk timbalan pengerusi NGO berkenaan kemudiannya ditahan reman selama empat (4) hari bermula hari ini hingga 25 April bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
Baca Artikel Berkaitan: SPRM Tahan 3 Individu, Disyaki Seleweng Dana Zakat Bernilai RM230 Juta
Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan Seleweng Dana Zakat: Ikram Rehatkan 3 Ahli, Akan Beri Kerjasama Penuh
Terbaharu Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memaklumkan penyelewangan membabitkan NGO berkenaan tidak membabitkan sumber dana daripada mana-mana institusi zakat di negara ini.
Sebaliknya dana berkenaan diseleweng daripada sumbangan yang diberikan pelbagai pihak dan sumber kepada pertubuhan terlibat.
Malah sebahagian daripada jumlah terbabit dipercayai untuk kutipan yang sepatutnya disalurkan kepada badan zakat sebuah negeri.
“Dalam siasatan terkini, NGO ini menerima dana sumbangan daripada pelbagai sumber termasuklah komisen yang diperoleh daripada kutipan tertentu untuk diserahkan kepada badan zakat (sebuah negari).
“Bagaimanapun dana ini tidak sampai ke tujuan yang sepatutnya, sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dana-dana ini untuk kepentingan peribadi termasuk membeli aset-aset mewah.
“Perbuatan itu itu adalah salah di sisi undang-undang dan siasatan dijalankan oleh SPRM,” katanya dipetik Harian Metro.






