
Kelibat pasangan pempengaruh yang tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini mencuri perhatian lensa kamera dan ramai netizen di media sosial.
Terdahulu, media melaporkan pasangan suami isteri yang sebelum ini tular kerana isu poligami ditahan berhubung menyeleweng kutipan derma.

Kedua-duanya yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren dan bergari tiba di mahkamah pada jam 9.15 pagi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Menurut sumber, pasangan yang juga dikenali dengan konten islamik itu ditahan semalam jam 6.40 petang.

Sebelum ini tular tentang pendedahan bahawa pasangan itu tidak menyalurkan wang kutipan derma secara betul yang mencecah jutaan ringgit.
Pendedahan itu menjadi topik bualan hangat di media sosial pada minggu tersebut namun pempegaruh berkenaan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya.
"Aisyah Maafkan Semua" - Didakwa Ambil Duit Derma, Status FB 'Aisyah Hijanah Official' Jadi Perhatian?
The post Kes Seleweng Kutipan Derma Bernilai Jutaan Ringgit, Pasangan ‘Influencer’ Direman Hari Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
