SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

11 Jul 2024 • 3:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kedua-dua individu itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memohon perintah reman untuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh bagi membantu siasatan penyelewengan kutipan derma.

Kedua-dua individu berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi bagi mendapatkan perintah berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber SPRM, pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang semalam.

Selain pasangan terbabit, SPRM turut mendapatkan perintah reman ke atas dua lelaki yang terbabit dalam kes itu.

Sebelum ini, pasangan tersebut menerusi peguam mereka menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

Kedua-duanya turut mendesak individu yang menyebarkan tuduhan tersebut agar membuktikan dakwaan mereka di mahkamah.

Ini termasuk dakwaan melibatkan skim 20 peratus yang diterima pasangan itu bagi keseluruhan derma oleh sebuah platform kutipan derma dalam talian.

Pempengaruh itu berkata, aset yang diperoleh adalah atas daya usaha  sendiri tanpa menyalahgunakan mana-mana dana mahupun kutipan derma. - Getaran, 11 Julai 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved