Kes Serangan Anak Rafizi: Polis Jejak Individu Warga Asing, Disyaki Pemilik Nombor Telefon Hantar Mesej Ugutan

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, pihak polis kini sedang meminta bantuan daripada agensi berkaitan untuk mengesan individu warga asing yang disyaki pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, pihaknya percaya individu berkenaan akan dapat dikesan dalam masa terdekat.

image is not available

Kita masih memohon bantuan daripada pihak-pihak rakan (agensi berkaitan) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Saya percaya kita akan cuba dapat secepat mungkin.

Dalam pada itu, Khalid turut mengulas dakwaan mengenai penglibatan individu dalam serangan anak Rafizi, di mana dia berkata ia masih di dalam siasatan.

image is not available

Apabila ditanya tentang cecair yang disuntik ke dalam badan anak Rafizi, Khalid berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis kimia daripada hospital yang berkaitan.

image is not available 2025-08-25 12:07:57

Dikaitkan Dengan Insiden Serangan Anaknya, Farhash Arahkan Rafizi Mohon Maaf