PENAMPANG: Seorang wanita warga asing berusia 27 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran menerusi serbuan polis di sebuah hotel sepanjang Jalan Bundusan di sini, Ahad malam.
Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton, berkata operasi jam 10.30 malam yang dikenali sebagai “Op Noda” itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.
“Siasatan awal mendapati suspek menawarkan khidmat seks melalui platform dalam talian bagi menarik pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barang, termasuk telefon bimbit, kondom dan wang tunai yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan haram berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sammy turut menegaskan komitmen polis Penampang membanteras kegiatan tidak bermoral serta menggesa orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui kewujudan jenayah seumpama itu di kawasan mereka.