Kes Serangan Anak Rafizi: Polis Selangor Serahkan Siasatan Kepada JSJ Bukit Aman

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 11:32 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kes Serangan Anak Rafizi: Polis Selangor Serahkan Siasatan Kepada JSJ Bukit Aman

SHAH ALAM, 17 Ogos (Bernama) — Siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli, diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata langkah itu dibuat bagi memastikan siasatan dijalankan secara lebih menyeluruh dan berpusat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lepas, media melaporkan polis mengesahkan anak bekas timbalan presiden PKR itu diserang dalam kejadian kira-kira 2 petang, di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam serta bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal, dengan seorang daripadanya bertindak mengheret anaknya sebelum mencucuk sesuatu menggunakan jarum suntikan.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved