Kes SRC: Rayuan akhir Najib dikekalkan Ogos depan

LocalPolitics
29 Jul 2022 • 4:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan tarikh untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, Ogos depan.

Selepas pengurusan kes (CM) rayuan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Jumaat, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, mahkamah sebelum ini menetapkan prosiding diadakan selama 10 hari bermula 15 Ogos depan.

Selain Mohd Ashrof, pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram manakala bekas Perdana Menteri selaku pemohon diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam.

Selain itu, peguam terdahulu Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Rahmat Hadzlan turut hadir dalam prosiding berkenaan.

AKAN MENYUSUL