Kes SRC RM27 Juta: Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 3 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 11:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.

Menurut Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy membuat keputusan untuk membenarkan DNAA pada prosiding hari ini.

Image from: Kes SRC RM27 Juta: Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 3 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

Kredit: Asyraf Hamzah/Harian Metro

Terdahulu, pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta, yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Punca 3 Pelajar UiTM Dungun Maut, Pemandu Wanita Dilepaskan Dengan Jaminan RM40,000