Kes Sulu: Malaysia Menang Besar, Mahkamah Paris Batalkan ‘Award Akhir’ – Azalina

LocalPolitics
10 Dec 2025 • 9:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Malaysia meraih kemenangan besar apabila Mahkamah Rayuan Paris pada 9 Disember lalu membatalkan sepenuhnya Award Akhir dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Kejayaan itu dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi satu hantaran di Facebook.

image is not available

Malaysia Menang Besar Kes Tuntutan Sulu

Tegas beliau, keputusan bersejarah tersebut bukan sekadar kemenangan aspek perundangan, malah turut memperkukuh maruah, kedaulatan dan hak rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah.

image is not available

Kredit Foto: BERNAMA

Menurutnya, keputusan mahkamah itu membuktikan iltizam Kerajaan MADANI dalam mempertahankan negara berlandaskan prinsip undang-undang.

“Bagi pihak Sekretariat Khas War Room Sulu, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan-rakan Kabinet Kerajaan MADANI, pasukan perundangan AGC (Jabatan Peguam Negara), Wisma Putra, BHEUU (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), JPM (Jabatan Perdana Menteri), serta semua agensi kerajaan yang berganding bahu dalam menjalankan amanah demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Keputusan Bermakna Buat Malaysia, Mahkamah Agung Perancis Tolak Tuntutan Sulu – Azalina Othman

Beliauturut menegaskan bahawa kerajaan akan terus komited memastikan setiap tindakan undang-undang bagi melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa dipertahankan sepenuhnya.

Sumber: FB Azalina Othman Said

The post Kes Sulu: Malaysia Menang Besar, Mahkamah Paris Batalkan ‘Award Akhir’ – Azalina appeared first on Borak Daily.