Kes Tembak Di Sibu, 2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Disyaki Jadi Dalang

2 Jan 2024 • 8:24 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Difahamkan 3 remaja cedera ditembak suspek

Kes Tembak Di Sibu, 2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Disyaki Jadi Dalang. Pengunjung sebuah pusat beli-belah berdepan detik-detik cemas apabila satu kejadian tembak-menembak berlaku di sebuah kedai makan di dalam premis terbabit yang terletak di Sibu, Sarawak pada Isnin.

Menerusi video yang kamera litar tertutup (CCTV), kejadian melibatkan dua orang lelaki yang didakwa menyamar sebagai penghantar makanan.

image is not available
Kes Tembak Di Sibu, 2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Disyaki Jadi Dalang. Sumber: Majoriti

Dalam video tersebut, kelihatan salah seorang daripada lelaki berkenaann mengacukan pistol sebelum melepaskan tembakan di lokasi kejadian.

Melalui informasi yang dikongsikan oleh orang awam, seramai tiga orang remaja yang masih belum dikenal pasti identitinya cedera ketika kejadian.

Kejadian juga dikatakan berlaku sekitar pukul 5 petang Isnin sebelum pihak polis dilihat tiba ke lokasi kejadian.

Selepas itu, suspek didakwa telah melarikan diri menaiki motosikal dan dikatakan kini sedang diburu pihak polis.

Bagaimanapun, punca kejadian masih belum dapat dipastikan lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dilaporkan mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, kes masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/penemuan-83-tulang-manusia-longkang-sibu/

https://www.iloveborneo.my/tengkorak-manusia-ditemui-dalam-longkang-sibu/