Kes tembak KLIA: Perintah reman suspek dibuat esok

15 Apr 2024 • 7:34 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Polis akan mendapatkan perintah reman terhadap Hafizul Harawi, iaitu suspek utama yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, esok.

Perintah reman itu akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sidang media akan diadakan esok, selepas polis mendapat perintah reman dari mahkamah.

“Buat masa ini kita proses dahulu suspek yang kita tahan tadi, dia juga dalam keadaan sihat.

“Esok selepas kita kumpul segala maklumat yang kita perlu, kita akan kongsikan sedikit dengan pihak media.

“Esok, sidang media pukul 9 pagi, suspek ok, fizikal ok,” katanya ringkas kepada media di Kota Bharu hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved