Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

15 Apr 2024 • 8:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar fail

KUALA LUMPUR - Suspek kes tembakan di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1, Sepang yang berjaya diberkas di Jalan Bayam, Kota Bharu petang tadi akan dibawa ke mahkamah esok, untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Memetik laporan Bharian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek, Hafizul Hawari, 38, berada dalam keadaan sihat.

"Suspek dalam keadaan sihat dan ok secara fizikalnya. Bagi kita masa untuk kumpul segala maklumat sebelum kita kongsi dengan pihak media.

"Esok jam 9.30 pagi kita akan membuat sidang media. Bagi kita jalankan siasatan dulu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Terdahulu, Hafizul ditahan di Jalan Bayam jam 3 petang tadi selepas 36 jam melarikan diri.

Media melaporkan, suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan. - Getaran, 15 April 2024