Kes Termakan Keropok Beracun: Selepas Abang Kini Adik Pula Dilaporkan Meninggal Dunia

12 Jul 2024 • 4:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pada 7 Julai , negara digemparkan dengan berita dua orang kanak-kanak dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas termakan keropok yang berbalut racun tikus di Kampung Padang Ubi, Kulim, Kedah.

Perkara itu berlaku dipercayai selepas seorang pekebun menyangkut makanan ringan berkenaan di atas pagar.

Namun selepas beberapa hari bertarung nyawa salah seorang kanak-kanak, Muhamad Akil Syauqi berusia 3 tahun telah dilaporkan meninggal dunia pada 10 Julai lalu.

Mangsa kedua termakan keropok beracun meninggal dunia

Terbaharu, selepas Muhammad Akil kini adiknya, Muhammad Luth Syauqi pula dilaporkan meninggal dunia.

Ibunya, Nurain Hasnorizal mengesahkan perkara itu kepada media.

Akan dikebumikan berhampiran pusara abang

Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.24 petang tadi (12 Julai) di Hospital Pulau Pinang.

“Luth sudah meninggal dunia jam 1.24 tengah hari tadi. Hilang sudah kesakitannya.

“Jenazahnya dijangka dikebumikan di kampung Banggol Berangan , Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya,” ujarnya lapor Berita Harian.

Makanan ringan didakwa digantung untuk halau haiwan liar

Sebelum ini, media melaporkan makanan ringan yang didakwa digantung di pagar terbabit dipercayai untuk menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman.

Insiden itu difahamkan berlaku sekitar 50 meter dari kediaman yang dihuni dua beradik terbabit.

Pekebun di reman 6 hari

Susulan itu, seorang pekebun lelaki telah direman selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Reman dibuat untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Source: