Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh

6 Jul 2026 • 6:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh
Tangkap layar video tular insiden pelajar ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang lagi pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting.

BANTING - Siasatan kes tikam membabitkan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di sini dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang lagi pelajar perempuan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Mengulas kejadian itu, Mohd Akmalrizal berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 9.50 pagi memaklumkan terdapat seorang pelajar perempuan cedera di dalam kawasan sekolah. 

Katanya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved