Kes Tikam Pelajar: Nota ‘Dunia Ni Palsu, Saya Sudah Menang’ Ditemui Pada Suspek

LocalPolitics
15 Oct 2025 • 3:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan telah merampas sepucuk surat yang dipercayai ditulis oleh suspek kes tikaman membabitkan pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, semalam.

Menurut laporan Kosmo!, nota yang tular di media sosial itu mengandungi ayat “Dunia ni palsu. Saya sudah menang.”

image is not available

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, nota berkenaan ditemui ketika tangkapan dan pemeriksaan awal dilakukan terhadap suspek, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

“Nota itu ditemui pada suspek semasa tangkapan, bukannya di dalam tandas yang menjadi lokasi kejadian. Surat tersebut kini dalam siasatan pegawai penyiasat,” katanya.

Beliau memaklumkan, setakat ini sebanyak 57 keterangan telah diambil daripada pelbagai pihak termasuk pelajar, guru, ahli keluarga serta wakil kaunseling sekolah.

Tambahnya, siasatan turut dijalankan secara menyeluruh merangkumi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) serta penilaian latar belakang mangsa dan suspek.

image is not available

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur buli terlibat dalam kejadian ini.

“Polis memandang serius insiden berkenaan dan menyeru semua pihak termasuk sekolah serta masyarakat untuk terus bekerjasama memastikan keselamatan pelajar sentiasa terpelihara,” ujarnya..

Sumber: Kosmo! (Mohd Yunus Yaakob)