Kes Tikam Pelajar: Suspek Alami Masalah Pembelajaran – KP Selangor

LocalPolitics
16 Oct 2025 • 3:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Remaja lelaki yang disyaki menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa lalu dilaporkan mempunyai masalah keupayaan belajar.

Suspek alami masalah pembelajaran, bukan mental

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak sekolah memang sedia maklum mengenai keadaan suspek yang dipercayai menerima bimbingan melalui sesi kaunseling di sekolah.

“Memang pihak sekolah mengetahui (suspek ada masalah) tetapi bukan berkaitan dengan insiden berkenaan.

“Dia adalah masalah tentang personaliti iaitu dari segi keupayaan belajar dia,” katanya mengadakan tinjauan sempena sambutan Deepavali 2025 di Jalan Tengku Kelana, Klang hari ini.

image is not available

Foto: Bernama

Namun begitu, Shazeli berkata, tidak wajar bagi pihak polis membuat sebarang kesimpulan mengenai keadaan mental suspek kerana perkara itu berada di bawah bidang kepakaran psikiatri.

“Jadi kita perlu merujuk kepada pakar yang sepatutnya. Dari segi fizikal, keadaan semasa nampak okay. Itu saja saya boleh katakan.

“Setakat siasatan sehingga kini, saya dimaklumkan bahawa dia ada menjalani proses kaunseling pemulihan untuk memperbaiki dari segi kaedah pembelajaran dia, bukan dari segi kesihatan mental,” ujarnya.

image is not available

Foto: Media sosial

Difahamkan setakat ini, dua lagi individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 59 orang yang terdiri daripada pelajar, guru, ahli keluarga serta wakil kaunselor sekolah.

Terdahulu, mangsa ditikam sehingga maut oleh suspek yang berusia 14 tahun dalam kawasan sekolah sebelum direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh)