Kes Treler Terbabas Di Kluang: Tayar Pecah Punca Kemalangan, Pemandu Ditahan

Entertainment
28 Mar 2025 • 1:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemalangan treler masuk ke laluan bertentangan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS arah selatan, malam tadi telah menyebabkan 5 maut termasuk pasangan suuami isteri dan anaknya.

Menurut Buletin TV3, ianya berpunca daripada tayar depan treler tersebut pecah sehingga menyebabkan pemandu hilang kawalan. Oleh itu, kemalangan yang membabitkan 4 kenderaan dengan 2 dariapdanya terbakar pada jam 11.30 malam itu telah mengakibatkan 8 mangsa cedera termasuk 3 parah.

Mangsa yang maut merupakan pemandu kenderan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stepwagon Spada iaitu Nasaarudin Pardi, 36; isterinya, Siti Khazira Bani, 35; dan anak mereka, Mariam, 2, dari Kota Tinggi.

Sementara itu, 2 lagi mangsa yang turut maut dalam kejadian tersebut adalah pemandu kereta Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dari Nilai, Negeri Sembilan dan penumpang hadapan kereta itu berusia 20-an yang masih belum dikenal pasti identitinya.

image is not available

Nasaarudin dan Siti Khazira disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom, manakalan Iklil Nuraudah, lelaki yang menumpang keretanya serta Mariam maut di lokasi kemalangan dengan semua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan itu berlaku setelah tayar di bahagian hadapan kanan treler yang dipandu oleh Abdul Rahman Muhammad Rashid Rajos, 35, dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur pecah.

Ia menyebabkan treler tersebut hilang kawalan dan bergesel dengan Toyota Camry yang dipandu oleh Ow Yang Meng yang pada waktu itu berada di laluan yang sama. Tambah beliau, ia menyebabkan treler terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta yang dipandu Iklil Nuraudah dan Nasaarudin yang sedang dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru.

image is not available

Jelasnya, pertembungan tersebut menjadi penyebab kereta milik Nasaarudin terbakar sepenuhnya tetapi penumpang dan pemandu sempat dikeluarkan sebelum api merebak.

“Dalam kejadian itu, tiga lagi anak Nasaarudin yang berusia masing-masing empat, tujuh dan sembilan tahun parah serta dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom untuk rawatan lanjut.”

“Selain Abdul Rahman dan Yang Meng, tiga lagi mangsa yang cedera dan dirawat di hospital sama ialah penumpang kereta Toyota Camry, Ow Yang Jun,37; Soon Kim Ti, 25, dan Ow Yu Cheng, 2.”

Berikutan dengan insiden tersebut, polis telah menahan Abdul Rahman untuk siasatan lanjut kes berkenaan dan setakat ini, ujian air kencing dilakukan terhadapnya adalah negatif.

image is not available

Dalam pada itu, Bahrin menjelaskan bahwa 3 anak Nasaarudin yang parah pula masih belum diketahui kerana dokumen diri terbakar bersama kenderaan dinaiki mereka.

Dalam kejadian, Komander Operasi Kanan Nizar Mamun dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, berkata 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dan Kulai bersama tiga jentera terbabit dalam operasi menyelamat.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.