Kes Tular Lelaki Mabuk Buka Baju Tunjuk Ves Polis Rupanya Pegawai Kanan

28 Jun 2024 • 2:19 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Baru-baru ini tular di platform TikTok di mana seorang lelaki tidak memakai baju dipercayai dalam keadaan mabuk menunjukkan ves polis kepada pekerja kontraktor jalan di Jalan Air Itam dekat George Town, Pulau Pinang baru-baru ini merupakan seorang pegawai kanan polis.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid.

Katanya, pegawai kanan yang menunjukkan ves keselamatan polis dalam rakaman video seperti yang tular di media sosial itu kini sedang dalam proses dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

"Pada 26 Jun pukul 9 pagi, polis Daerah Timur Laut terkesan satu rakaman klip video dimuatkan pemilik akaun TikTok memaparkan kejadian seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol menunjukkan ves polis kepada orang awam.

"Hasil semakan mendapati kejadian berlaku di Jalan Air Itam dan individu terbabit adalah seorang pegawai kanan polis yang sedang dalam proses tindakan tatatertib jabatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved