Tiga maut seorang parah kereta terbabas langgar tiang elektrik

28 Jun 2024 • 9:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Angota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto Bomba

KLUANG – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di Jalan Renggam berhampiran CEP Perdana pada awal pagi Jumaat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shoromi Salih berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan terbabit pada jam 11.45 malam.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan terbabit, satu pasukan keluaran operasi melibatkan satu jentera fire rescue tender (FRT), perkhidmatan perubatan penyelamatan kecemasan (EMRS) dan Rapid Intervention Motorcyle Team (RIM) serta 14 anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kemalangan.

“Sebaik PKO tiba ke lokasi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang terbabas melanggar tiang elektrik TNB di tepi jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan empat mangsa tersepit dan maut di lokasi Bomba menggunakan alat khas bagi mengeluarkan kesemua mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dalam pada itu, seorang penumpang mengalami kecederaan kritikal dan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan seterusnya dan operasi ditamatkan pada jam 1.13 pagi,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!