Kes Tumbuk Muka Isteri: Perbicaraan Hafidz Roshdi Tetap Diteruskan Walaupun Laporan Ditarik

LocalEntertainment
15 Aug 2024 • 1:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada, akan tetap diteruskan di mahkamah, meskipun laporan polis telah ditarik balik. Menurut laporan BH Online, keputusan ini mengejutkan peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Kami terperanjat kes diarahkan diteruskan. Mahkamah mengarahkan meneruskan kes, jadi saya beritahu Hakim yang kami terima laporan penarikan laporan polis daripada peguam Nurul Shuhada. Perkara ini dibuat dengan tertib.

Beliau menjelaskan bahawa mereka tidak mengeluarkan surat rasmi selepas penarikan laporan tetapi kini akan membuat surat rasmi untuk memaklumkan mengenai persetujuan yang telah dicapai antara kedua-dua pihak.

image is not available

Jadi, sekarang saya akan buat surat secara rasmi dan lampirkan laporan memberitahu apa yang berlaku mengenai persetujuan sudah dicapai oleh kedua-dua pihak secara baik. Sebab kes sepatutnya sudah selesai secara global.

Akberdin juga mempersoalkan mengapa kes ini perlu diteruskan apabila Nurul Shuhada sendiri telah menarik laporan tersebut secara sukarela.

Nurul Shuhada sudah menyatakan dia buat penarikan tanpa paksaan dan secara sukarela. Jadi, bila pengadu sudah katakan begitu, kenapa kami kena teruskan?

Kes ini akan disebut semula pada 14 Oktober nanti. Sementara itu, Hafidz Roshdi enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui media dan kelihatan sugul.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian