Shuhada Shukri jerit satu rumah, teruja crush follow dekat TikTok

LocalEntertainment
13 Aug 2024 • 7:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri jerit satu rumah apabila mengetahui individu diminatinya mengikuti akaun TikTok miliknya.

Perkongsian Shuhada atau nama lengkapnya Nur Shuhada Mat Shukri di Instagram Story sekali lagi menarik perhatian.

Shuhada Shukri jerit satu rumah

Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu menzahirkan perasaan teruja dan gembira apabila mengetahui individu berkenaan mengikuti media sosialnya.

Dedah Shuhada, 30, selama ini dia hanya ‘stalk’ dan memerhati akaun individu berkenaan dalam diam sahaja.

“Jerit satu rumah, crush follow kita dekat TikTok. Selama ni stalk dalam diam je, tiba-tiba hari ini dia follow kita,”kongsinya.

image is not available

Pun begitu, Shuhada akui dirinya berasa takut untuk mengikuti semula akaun media sosial individu berkenaan.

Terdahulu, nama Shuhada mula menjadi tumpuan media dan orang ramai selepas membuat pendedahan suaminya pada ketika itu, Hafidz Roshdi berselingkuh termasuk dikaitkan dengan menghantar mesej lucah dengan wanita lain.

image is not available

Untuk info, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

Mereka kemudiannya disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai tahun lalu.

Sumber: Instagram shushukriii

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved