Kes Wanita Diker*t: Polis Sedang Kesan 2 Lagi Anggota Badan Mangsa Yang Masih Belum Ditemui

15 Feb 2026 • 8:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Walaupun suspek dalam kes penemuan mayat wanita yang dikerat telah dikenal pasti dan ditahan, pihak polis setakat ini masih giat mengesan dua lagi anggota badan mangsa yang belum ditemui.

Difahamkan, anggota badan mangsa yang telah dikerat itu ditemukan di beberapa lokasi berasingan, termasuk di kawasan pembuangan sampah.

image is not available

Menurut pihak polis, suspek kini masih menerima rawatan di hospital. Oleh itu, polis belum dapat menjalankan proses soal siasat secara menyeluruh.

Keadaan itu sekali gus menyukarkan usaha untuk mengenal pasti lokasi sebenar pembuangan baki anggota badan mangsa.

Menurut laporan Berita Harian, polis percaya senjata tajam dipercayai parang digunakan untuk menetak mangsa sebelum mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian dan dibuang di lokasi berasingan.

Sementara itu, anak mangsa menerusi siaran langsung di TikTok semalam memaklumkan jenazah ibunya telah selamat dikebumikan, namun anggota badan mangsa masih belum lengkap.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.