Kes Wanita Hamil: Lotus’s Mohon Maaf, Ambil Tindakan Tatatertib

14 Jul 2026 • 6:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Wanita Hamil: Lotus’s Mohon Maaf, Ambil Tindakan Tatatertib

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Lotus’s Malaysia hari ini (14 Julai) memaklumkan telah menyelesaikan siasatan berhubung insiden tular yang berlaku di cawangan Selayang.

Lotus’s Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya mendapati bahawa cara insiden ini dikendalikan tidak memenuhi standard layanan dan perkhidmatan yang sewajarnya diharapkan oleh pelanggan terhadap Lotus’s, mahupun standard yang ditetapkan mereka.

“Kepada pelanggan, isteri beliau serta keluarga mereka, kami ingin memohon maaf atas insiden yang telah berlaku. Tiada pelanggan sepatutnya melalui pengalaman sedemikian ketika membeli-belah bersama kami. Kami amat kesal atas pengalaman yang telah mereka lalui.

“Kami juga telah menghubungi keluarga tersebut secara langsung dan kekal komited untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka.”

Tindakan tatatertib diambil sewajarnya, namun kesal pekerja dalam ugutan dan gangguan peribadi

Tambah Lotus’ lagi, tindakan tatatertib yang sewajarnya telah diambil selaras dengan dasar dalaman syarikat. Pun begitu mereka menzahirkan kekesalan apabila timbulnya gangguan dan ugutan terhadap pekerja terlinbat dan keluarganya sepanjang insiden tersebut.

“Di samping itu, kami telah memperkukuh garis panduan, prosedur dan latihan bagi memastikan semua rakan sekerja kami terus mengamalkan standard perkhidmatan yang ditetapkan serta membantu mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.

“Kami menghargai peluang untuk menjalankan semakan yang menyeluruh terhadap perkara ini. Kami memahami minat dan perhatian orang ramai terhadap insiden ini dan menghormati pandangan yang telah dikongsi, tetapi kami juga amat kesal dengan laporan gangguan peribadi dan ugutan secara dalam talian yang ditujukan kepada rakan sekerja kami serta ahli keluarga terdekat mereka sepanjang insiden ini.”

“Sehubungan itu, Lotus’s memohon agar semua pihak menghormati privasi, kesejahteraan dan harga diri setiap individu yang terlibat serta membenarkan perkara ini diteruskan dengan penuh persefahaman dan ihsan.”

Insiden jadi pengajaran tentang betapa pentingnya layan pelanggan dengan baik

Tambah Lotus’s, insiden ini mengingatkan mereka tentang pentingnya melayan setiap pelanggan dengan empati, rasa hormat dan bermaruah.

“Kami kekal komited untuk mengambil iktibar daripada pengalaman ini, terus menambah baik mutu perkhidmatan kami, serta terus berusaha meraih kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada Lotus’s setiap hari.”

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang wanita yang hamil 38 minggu ditahan selepas selesai membuat pembayaran di sebuah cawangan Lotus’s di Selayang kerana disyaki menyembunyikan barangan di dalam pakaiannya.

Menurut perkongsian suaminya, kakitangan premis itu didakwa meminta isterinya menunjukkan Buku Pink dan membuktikan dia benar-benar hamil sebelum pemeriksaan mendapati tiada sebarang barangan dicuri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved