Lotus’s Kesal ! Siasat Dakwaan Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Dipaksa Berdiri 20 Minit

12 Jul 2026 • 2:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s di Selayang, Selangor, semalam.

Lotus’s Malaysia memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai insiden yang tular di media sosial dan memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan pelanggan.

“Kami amat kesal mengetahui bahawa perkara itu menimbulkan keresahan kepada pelanggan terbabit. Kami memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan.
“Kami sedang menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai apa yang berlaku.
“Pihak kami juga sudah menghubungi pelanggan terbabit bagi mendapatkan pemahaman lebih jelas mengenai pengalaman dialaminya,” katanya.

Image from: Lotus’s Kesal ! Siasat Dakwaan Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Dipaksa Berdiri 20 Minit

Menurut Lotus’s Malaysia, pihaknya tidak akan memberikan sebarang komen lanjut buat masa ini memandangkan siasatan masih berjalan.

Sebelum ini, suami wanita terbabit, Fareez, 25, mendakwa isterinya yang berusia 23 tahun telah dituduh mencuri barangan yang dikatakan disorok di dalam pakaian.

Image from: Lotus’s Kesal ! Siasat Dakwaan Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Dipaksa Berdiri 20 Minit

Fareez turut mendakwa isterinya diarahkan berdiri selama kira-kira 20 minit oleh penyelia pasar raya selepas tuduhan tersebut dibuat.

Hantaran mengenai kejadian itu yang dimuat naik di media sosial mengundang pelbagai reaksi pengguna internet yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan pihak terbabit.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Hidayah Bahaudin)

The post Lotus’s Kesal ! Siasat Dakwaan Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Dipaksa Berdiri 20 Minit appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved