Kes Zara Qairina: 124 Pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Limauan Alami Trauma, Jalani Proses Intervensi

LocalFamily & Parenting
14 Aug 2025 • 9:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, seramai 124 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah sedang menjalani proses intervensi susulan terkesan dengan kes kematian Allahyarham Zara Qairina.

image is not available

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, hasil daripada siasatan, pihak polis mengambil pendekatan proaktif membabitkan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ untuk menjalani intervensi terhadap pelajar sekolah itu.

Seramai 124 pelajar yang kita kesan mengalami trauma akibat insiden ini. Intervensi ini adalah satu proses digunakan elemen psikiatri dan sebagainya untuk memulihkan keyakinan supaya tahap keyakinan kembali dan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

image is not available

Sekadar info, pada 16 Julai lalu, Zara Qairina telah ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi dan kemudiannya pelajar Tingkatan Satu itu disahkan meninggal dunia.

image is not available 2025-08-14 08:43:25

Kes Kematian Zara Qairina : 12 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Kenyataan Terbaru Polis