Kes Zara Qairina: Arwah Didakwa Terlibat Kes Mencuri Sebelum Kematiannya, Hadir Perjumpaan Haram ‘MA’

LocalPolitics
12 Sep 2025 • 2:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, pelajar tingkatan satu yang meninggal dunia iaitu Allahyarham Zara Qairina didakwa hadir ke satu perjumpaan haram diberi nama sebagai ‘MA’ selepas aduan aduan terbabit dibuat kepada pelajar senior tingkatan empat selepas dia dituduh mencuri wang sebanyak RM300, 15 Julai lalu.

Arwah Zara didakwa terlibat kes mencuri sehari sebelum meninggal?

Difahamkan daripada penjelasan pengawal keselamatan asrama Linah Mansoding @ Jaliha, 65, pelajar berkenaan mendakwa Zara merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mencuri wang berkenaan dan perkara tersebut turut dimaklumkan kepada pelajar tingkatan empat lain yang berperanan sebagai penjaga asrama.

image is not available

Berkemungkinan dia dibawa untuk menghadiri perjumlaan ‘MA’.

 

Mahkamah diberitahu bahawa perjumpaan ‘MA’ memberi maksud kepada perjumpaan antara pelajar senior dan junior di asrama yang kononnya bertujuan bagi memberi nasihat serta teguran.

Hadir perjumpaan haram iaitu ‘MA’

Namun begitu, ia telah pun diharamkan sejak tahun 2017 kerana sering disalahgunakan untuk menekan pelajar junior.

Sepatutnya sebarang masalah dilaporkan kepada guru. Tetapi dalam kes ini, pelajar senior bertindak sendiri memanggil junior mereka. Itu sebabnya ‘MA’ dilarang.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ketika ditanya jika saksi pernah berinteraksi dengan arwah ataupun tidak, dia hanya menyatakan hanya dua kali sahaja.

Saya tegur dan tanya siapa yang dia maksudkan tetapi dia tidak menjawab. Kali kedua apabila saya menegur mereka membasuh pakaian pada waktu malam dan Zara bergurau dengan berlari-lari di kawasan ampaian kain.

image is not available 2025-09-11 22:59:06

Peguam Minta Pakar Psikiatri Forensik Nilai Keadaan Mental Zara - "Mengapa Dia Berada Di Koridor Jam 3 Pagi?"