Kes Zara Qairina: “Berat Arwah 53 KG, Mustahil Boleh Dimasukkan Dalam Mesin Basuh” – Pakar Patologi

4 Sep 2025 • 1:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat terhadap Allahyarham Zara Qairina memaklumkan mustahil untuk meletakkan seorang remaja berumur 13 tahun ke dalam mesin basuh.

Menurut Dr Jessie Hiu, 58, perkara tersebut tidak mungkin boleh dilakukan berdasarkan berat badan arwah.

image is not available

Difahamkan, perkara tersebut disoal oleh pegawai pengendali prosiding, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad, pada hari kedua inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Saya tidak periksa saiz tong mesin tersebut. Saya dimaklumkan mangsa mempunyai berat 53 kilogram dan saya tidak fikir mesin itu mampu dihidupkan dengan muatan seberat 53 kg.

image is not available

Sekadar info, Allahyarham Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu dan arwah disyaki menjadi mangsa buli ketika menuntut di sekolah berasrama penuh.

image is not available 2025-09-03 21:47:56

Kes Zara Qairina: Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Disebabkan Jatuh Secara Tidak Sengaja