
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kematian pelajar sekolah menengah di Papar, Sabah yang dikenali sebagai Zara Qairina Mahathir.
Pelajar yang berusia 13 tahun itu ditemukan dalam keadaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE I).
Kematian pelajar itu kemudiannya mendapat perhatian ramai malah ada yang mengaitkannya dengan kes buli sehingga ia kini dalam siasatan pihak polis.
Malah pada 9 Ogos lalu kubur arwah Zara Qairina turut digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara untuk prosedur bedah siasat dibuat sebelum jenazah dikebumikan semula pada 11 Ogos.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Kematian Zara Qairina: Mustapha Sakmud Nafi Fitnah Kaitkan Isteri
Tempoh hasil bedah siasat selama 2 bulan terlalu lama
Terbaharu Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr Arman Azha Abu Hanifah berpendapat laporan bedah siasat Zara Qairina Mahathir yang dipercayai akan mengambil masa sehingga dua bulan adalah terlalu lama.
Jelasnya dia menghormati proses siasatan dan undang-undang namun kes itu sudah menjadi perhatian negara.
“Dalam kes #JusticeForZara ni saya rasakan ujian forenksik dikatakan mengambil masa sehingga dua bulan terlalu lama. Ini kes dah jadi perhatian negara jadi perlu dijadikan keutamaan untuk mencari jawapan dan suspek pelaku secepat mungkin.
“Sebelum rakyat terus mempunyai persepsi seperti ada konspirasi dalam menutup kebenaran kes ini,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.
Tak bagus untuk perpaduan negara & akan akibatkan kemarahan rakyat
Kata beliau lagi, perkara tersebut tidak bagus untuk perpaduan dalam negara serta boleh menyebabkan kemarahan rakyat yang dibimbangi luar kawalan pihak berkuasa.
“Ketulusan perlu ada dalam proses penyiasatan kes ini. Apa pun sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah adik Zara.”


![“Kelakar Tengok Reaction” – Aksi Pemuda Jual Semula Nasi Lemak Diborong Dengan Harga RM1 Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)