Kes Zara Qairina: JIPS Bukit Aman ‘Terbang’ Ke Sabah, Tiga Pegawai Polis Kanan Bakal Disiasat

LocalPolitics
16 Aug 2025 • 10:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman difahamkan akan menjalankan siasatan tatatertib terhadap tiga orang pegawai polis yang bertugas di Sabah yang terbabit dengan siasatan awal kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina.

image is not available

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, pihaknya akan membuka tiga kertas siasatan tatatertiba (KST) dan hantar pasukan JIPS ke Sabah untuk tindakan lanjut.

Kesemua pegawai berkenaan masih bertugas. Mereka kena bertanggungjawab, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak atau pegawai bertanggungjawab untuk menyelia, memantau kertas siasatan, pegawai kita tak ambil tindakan, yang tidak buat penyeliaan kita akan ambil tindakan.

image is not available

Kata Ayob lagi, siasatan dilakukan JIPS adalah dari segi aspek penyelian kes berkenaan dan ia juga akan dijalankan secara menyeluruh.

Sebelum ini, tindakan tegas akan dikenakan ke atas pegawai penyiasat dan penyelianya susulan dapatan hasil siasatan pasukan Task Force Bukit Aman bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian Zara Qairina.

image is not available 2025-08-15 10:12:33

'Trend' Tutup Mata, Mulut & Telinga Guna Wang Kertas Tular, Netizen Thailand Tuntut Keadilan Kes Zara Qairina!