Gantung tugas, bukan pindah: Dapsy

LocalPolitics
16 Aug 2025 • 10:15 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Dapsy Sabah menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) segera menggantung tugas pengetua, penolong kanan hal ehwal murid dan warden SMKA Tun Datu Mustapha susulan kematian pelajar Zara Qairina Mahathir, dan bukannya sekadar memindahkan mereka.

Ketuanya, Chan Loong Wei, berkata pegawai terbabit kini ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) sementara menunggu siasatan, namun menegaskan penggantungan tugas adalah langkah lebih mendesak dan perlu bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas tanpa sebarang campur tangan.

“Pemindahan semata-mata tidak mencukupi. Pegawai ini mesti digantung tugas sehingga siasatan selesai dan mereka dibuktikan tidak bersalah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Membenarkan individu yang sedang disiasat terus memegang jawatan aktif, walaupun di lokasi berbeza, berisiko menjejaskan keyakinan awam terhadap integriti proses siasatan,” katanya dalam kenyataan Rabu.

Chan menekankan perlunya sikap sifar toleransi terhadap sebarang persepsi campur tangan atau pengaruh tidak wajar terhadap saksi, pelajar atau kakitangan sekolah, sambil menegaskan keselamatan, maruah dan keadilan untuk pelajar mesti diutamakan berbanding kemudahan pentadbiran.

Beliau berkata, penggantungan tugas ketika siasatan adalah amalan standard dalam kes serius, khususnya yang melibatkan kematian pelajar.

Chan turut mengulangi solidariti Dapsy Sabah bersama keluarga mangsa dan rakyat Sabah dalam menuntut kebertanggungjawaban serta ketelusan.

“Keadilan bukan sahaja mesti ditegakkan, tetapi juga mesti dilihat ditegakkan,” katanya.