Kes Zara Qairina: Mahkamah Kota Kinabalu jadi tumpuan, 5 remaja didakwa berkait buli hari ini

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 8:38 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Lima remaja berusia bawah 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, hari ini, atas pertuduhan membabitkan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13.

Zara Qairina, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah.

Insiden kematian pelajar sebuah sekolah menengah di Papar itu mendapat perhatian umum sehingga mencetus gelombang 'Justice for Zara'.

Prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak dijangka dijalankan secara tertutup.

Mahkamah Kota Kinabalu terus menjadi tumpuan apabila seawal jam 7 pagi, pengamal media dan anggota keselamatan sudah mula berkumpul di pekarangan mahkamah.

Difahamkan, pasukan keselamatan mengadakan dua sekatan jalan di laluan masuk ke mahkamah bagi mengawal kebanjiran orang ramai serta keselamatan di lokasi.

Sebelum ini, kenyataan media pada Isnin memaklumkan kelima-lima remaja di bawah 18 tahun terbabit akan didakwa atas pertuduhan membuli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, dengan mengugut melalui komunikasi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025). - 20 Ogos, 2025