Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 5:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat menegaskan bahawa individu yang akan didakwa berhubung kes Zara Qairina wajar dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

KOTA KINABALU- Pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, 45, menegaskan bahawa individu yang akan didakwa berhubung kes Zara Qairina Mahathir wajar dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

Menurut kenyataan bersama pasukan peguam, cadangan itu dibuat susulan kenyataan media Peguam Negara pada Isnin mengenai keputusan untuk menuduh suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

“Kami menyambut baik keputusan Peguam Negara itu. Keputusan tersebut adalah selaras dengan cadangan kami kepada Jabatan Peguam Negara melalui kenyataan media pada 14 Ogos lalu.

“Cadangan kami ketika itu ialah, memandangkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mendedahkan bahawa wujud keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara, pendakwaan mesti dilakukan terhadap individu-individu yang disebut dalam keterangan tersebut di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, pasukan peguam memaklumkan mereka masih belum mengetahui identiti sebenar individu yang akan didakwa di mahkamah serta peruntukan undang-undang yang bakal digunakan dalam pertuduhan nanti.

“Kami berharap pendakwaan terhadap individu terbabit dikaitkan dengan kematian Zara dengan mengguna pakai seksyen di atas agar hukuman berat dikenakan terhadap mereka sekiranya berlaku sabitan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

 

Lagi artikel berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved