Kes Zara Qairina: Polis buka 21 kertas siasatan

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 2:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis membuka 21 kertas siasatan termasuk terhadap guru yang tular di TikTok berkait kes kematian Zara Qairina.

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, kini diperluaskan termasuk terhadap individu yang memanipulasi isu tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis telah membuka 21 kertas siasatan, termasuk terhadap seorang guru sekolah yang membuat siaran langsung di TikTok mendakwa pelajar itu dimasukkan ke dalam mesin basuh.

“Cikgu tadi satu (kes). Tetapi kita buka 21 kertas semuanya termasuk penyebaran berita palsu di media sosial, penipuan yang mendorong kepada himpunan-himpunan jalanan.

“Saya faham rakyat turun ini menghantar satu isyarat kepada kerajaan. Segera bertindak kalau ada elemen pelaku (kesalahan), bawa ke muka pengadilan dan itulah yang akan kita laksanakan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

AKAN MENYUSUL