Kes Zara Qairina: Polis Jumpa Catatan 51 Halaman Luahan Hati, Tolak Dakwaan Cuba Tutup Kes

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 8:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian MetroHarian Metro, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Dewan Rakyat memperjelaskan hasil siasatan kematian Allahyarham Zara Qairina, termasuk ada elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual, sekaligus menolak dakwaan bahawa wujud unsur cubaan menutup kes terbabit.

image is not available

Menurutnya, pihak polis turut menerima sebuah diari setebal 51 halaman milik arwah Zara, di mana tertulisnya luahan hati pelajar Tingkatan Satu itu mengenai masalah yang dihadapi.

Catatan 51 halaman yang memberikan luahan hati adik Zara pada momen-momen apakah masalah yang sedang dihadapi. Keterangan oleh rakan-rakan yang tinggal satu asrama dengan dia. Ya, apakah yang berlaku pada tarikh-tarikh 14 dan 15 hari bulan itu semua polis lengkapkan dalam siasatan.

Tambahan beliau lagi, pihak polis tidak tertangguh dalam mengambil langkah yang sepatutnya demi mencari kebenaran serta keadilan buat Zara.

image is not available

Kita tak boleh bertindak berdasar andaian semata-mata, desas-desus di media sosial atau tekanan daripada ahli-ahli politik mahupun kerana berlakunya demonstrasi-demonstrasi yang niat sebenar adalah untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan dan saya tegaskan itulah yang keadilan yang kerajaan nak laksanakan. Polis komited untuk menyelesaikan siasatan ini.

image is not available 2025-08-18 16:41:35

Akhirnya! 5 Remaja Yakni Suspek Kes Buli Zara Qairina Akan Dituduh Di Mahkamah